Assalamualaikum semua,
Dah lamaaaaaaaaaaa aku tak update blog ni...sibuk dengan kerja dan fokus dengan aktiviti menjahit yang telah lama juga aku mencari gurunya....bila dah berpeluang jumpa dengan sifu yg betul, maka tumpuan aku beralih sebentar dari dunia kristal ini. Thanks Kak Diah sudi terima aku jadi anak murid mu ...anak murid paling nakal kata kak D.
Tapi baru2 ni aku dapat offer dari Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, untuk jadi guru kristal pula...adoiiii...lama juga aku fikir nak terima atau tak sebab pertama aku ni bukan lah terer sangat. Kedua, aku ni bekerja full time...takut tak sempat kejar jadual. Ketiga, mak aku pula tak berapa gemar sebab katanya kalau semua dah tau buat gelang sendiri, sapa nak beli pula dari aku ni? Hmmmmmmmmmm....
Utk sebab no 1 tu, aku rasa kalau aku tak terima cabaran ni, sampai bila pun aku takkan improve diri sendiri...
Utk sebab no 2, aku rasa semua org tau peribahasa ni "Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih" ...
Utk sebab no 3, aku bagitau mak, rezeki tu Tuhan yang atur, lagi pula aku percaya selagi kita berkongsi ilmu, selagi itu rezeki takkan putus...insyaAllah.
Aku pun bagitau dekat boss di Kolej tu yang aku ni hanya ada kebolehan dan bukannya kepakaran...dan dia sanggup terima aku seadanya...maka pada 13hb Feb 2009 aku buat kelas aku yang pertama ...
Student aku patutnya ada 15 orang hari tu tapi disebabkan kat Kolej pada hari yang sama ada 2 lagi kelas yang tidak kurang menariknya, maka student aku pun tinggal 7 orang jer... Oh ya, salah sorang student kristal aku tu adalah cikgu jahit aku heheheheh Kak D!
Dia juga la yang bersusah payah ambil gambar pada hari tu dan letak dalam blognya http://diahrothman.blogspot.com/ Thanks Kak D for ur support. Nanti nak cilok sekeping dua gambar nak letak kat sini yer...
Walau pun kecil jumlah nya tapi aku rasa berbaloi sebab tumpuan lebih dapat diberikan pada setiap pelajar... Hari tu aku ajar basic kepada cara mengenal kristal swarovski dan bezanya dengan kristal dari China atau kristal kaca. Aku juga tunjuk pelbagai contoh hiasan wanita yang dapat dihasilkan dengan kristal dan mutiara swarovski ini.
Semua pelajar nampak teruja dengan contoh2 yang aku ada...tak sabar rasanya semua nak cuba buat sendiri... jadi aku bagi diorang main2 dengan mutiara yang disediakan oleh Kolej. Diorg juga berpeluang belajar berbagai jenis ikatan, memula dan mematikan tangsi.
Dah abis praktis, mula buat yang betul2 guna bahan2 yang disediakan dalam kit masing2. Ada 4 kit pada hari itu :
1. Gelang Kristal
2. Gelang Mutiara
3. Subang
4. Handphone charm
Aku tak sangka kelas akan berlarutan hingga petang dan jam 9 - 5 hari tu digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan keempat-empat barangan tadi.
Aku rasa masing2 pelajar pulang dengan rasa puas hati atas kejayaan menghasilkan barangan hiasan sendiri.
Apa pun aku berterima kasih pada Kolej Komuniti Bandar Darul Aman yang bagi aku peluang mengajar dan terima kasih juga pada pelajar2 aku yang pertama!
Ni snapshot dari lensa Kak D...
Jumpa lagi!
2 comments:
Puan Balkhis bila nak buat kelas advance...
salam sis..
i dont understand your language..:-(
but i love the things that you have made!
Post a Comment